1. PENGENALAN
Program penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berbentuk Dermasiswa
dan berfokus kepada para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun
2024 dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah iaitu golongan B40 yang
ingin melanjutkan pengajian Diploma di dalam negara.
Pengajian yang ditaja di bawah Program Dermasiswa B40 (DB40) Tahun 2025
adalah pengajian di peringkat Diploma dan Diploma bidang Pendidikan dan
Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di dalam negara iaitu Universiti Awam
(UA), Politeknik dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).
Bidang pengajian yang ditaja meliputi bidang pengajian berikut sahaja:
2. SYARAT- SYARAT UMUM JPA
i. Warganegara Malaysia;
ii. Pemohon disyaratkan bebas daripada penyakit kronik/ berjangkit/ penyakit
yang memerlukan rawatan susulan dan berupaya mengikuti pengajian
sehingga tamat, serta disahkan sihat untuk meneruskan pengajian;
iii. Ibu dan/atau bapa dan/atau pemohon tidak disenarai hitam oleh JPA atau
sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
iv. Pemohon yang pernah dikenakan tindakan penamatan tajaan atas
pelanggaran syarat perjanjian oleh JPA tidak layak memohon;
v. Sekiranya berjaya ditawarkan penajaan JPA, pemohon tidak dibenarkan
menerima bantuan kewangan/ tajaan daripada mana-mana agensi untuk
peringkat atau pengajian yang sama;
vi. Menduduki peperiksaan SPM 2024 buat kali pertama di mana-mana sekolah
menengah termasuk sekolah khas, sekolah swasta atau calon-calon
persendirian;
vii. Umur belum mencapai 19 tahun, atau belum mencapai 20 tahun bagi pelajar
peralihan pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki; dan
viii.Pendapatan per kapita dalam kategori B40 iaitu RM5,249.00 sebulan dan ke
bawah.
3. MAKLUMAT PERMOHONAN
Pemohon dipelawa membuat permohonan pengajian peringkat Diploma atau
Diploma bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) melalui
Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar (UPUOnline) atau Saluran
Permohonan Kemasukan Kursus TVET (UP_TVET).
Pemohon yang berjaya mendapat tawaran UPUOnline atau UP_TVET serta
memenuhi syarat umum dan syarat khusus JPA berpeluang ditaja di bawah
Program Dermasiswa B40 Tahun 2025.