Apa Beza Kursus Pendek dan Kursus Sepenuh Masa di Kolej Komuniti Tanjung Piai ?

 


Kursus Pendek ialah kursus yang terbuka kepada semua lapisan masyarakat dan tempohnya ialah minima 5 jam sehari hingga sehari. Tidak ada syarat masuk.

Manakala Kursus Sepenuh Masa pula hanya untuk pelajar lepasan SPM dan tempohnya ialah selama 2 tahun.

  • Kursus Pendek ada bermacam-macam pilihan dari komputer, jahitan, masakan, bahasa, kerohanian dan lain-lain. Peserta akan mendapat sijil penyertaan di akhir kursus. Pengajar kursus ini ialah dari kalangan pensyarah kolej komuniti ataupun tenaga pengajar dari luar (jemputan).

  • Kursus Sepenuh Masa pula ada sahaja 1 iaitu Sijil Teknologi Maklumat Sijil Sistem Komputer  dan Rangkaian. Pelajar akan mendapat Sijil yang diiktiraf MQA pada hari konvokesyen. Pengajar kursus ini ialah dari kalangan pensyarah kolej komuniti.

  • Yuran Kursus Pendek pula bergantung kepada jenis kursus. 

  • Berikut adalah senarai yuran kursus yang telah dijalankan :

    •  Asas Pengenalan Komputer RM 5, Asas Microsoft Word RM 5, Asas Microsoft Excel RM 5, Asas Perkakasan Komputer RM 5, Asas Rangkaian Komputer RM 5
    • Jahitan Blouse RM 65, Jahitan Duyung RM 55
    • 3S (Slim, Sihat, Selamat ) RM 52, Urutan Refleksologi (Kaki dan Tangan) RM 75
    • Asas Penjagaan dan tatarias Wajah RM 5
    • Technokids Basic Video Editing RM 10
    • Kek Legend Premium RM 65, Kek Puding RM 65
    • Workshop Cashflow RM 35

     

  • Yuran Kursus Sepenuh Masa pula seperti berikut :

    • Semester 1 : Yuran pendaftaran RM 200 + Yuran pelbagai 
    • Semester 2 : Yuran pendaftaran RM 200 + Yuran pelbagai 
    • Semester 3 : Yuran pendaftaran RM 200 + Yuran pelbagai 
    • Semester 4 : Yuran pendaftaran Percuma 
    • Yuran pelbagai contohnya seperti bayaran takaful RM 35, bayaran tshirt pelajar RM 30, bayaran tanda nama pelajar RM 10, bayaran ahli koperasi RM 10, bayaran tools pelajar RM 40, bayaran baju korporat RM 85 dan lain - lain bayaran 
    • Bayaran yuran pelbagai tidak tetap pada setiap semester kerana mengikut keperluan pelajar sahaja

     

        Kesimpulannya, 

        • Kursus Pendek ialah kursus jangka pendek dan terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat. Tujuannya supaya pembelajaran sepanjang hayat berlaku dalam komuniti masyarakat
        • Kursus Sepenuh Masa pula untuk pelajar lepasan SPM mendapatkan Sijil Kemahiran melalui Sijil Teknologi Maklumat Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian dan tempohnya selama 2 tahun

    Berminat nak sertai Kursus Pendek ?

    Berminat nak sambung belajar Sijil Teknologi Maklumat Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian ?

    Pegawai kami akan membantu pelajar untuk memohon masuk.
    Sila berhubung dengan pegawai pengambilan pelajar seperti di bawah.
    Hubungi melalui Whatsapp : 010 222 7220 (klik sini)

    Artikel ditulis oleh : Khairudi MJ