Apa Itu Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian (SSK) di Kolej Komuniti ?

 



Apa itu Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian ?

Ia adalah program bagi lepasan SPM yang ditawarkan oleh Kolej Komuniti Tanjung Piai. Program ini adalah laluan sebelum pelajar memasuki alam kerjaya ataupun menyambung ke peringkat diploma.

Pelajar akan memperolehi pengalaman bagaimana untuk menyediakan dan menyelenggara sistem komputer dan rangkaian.

Belajar selama 3 semester :
(4 bulan belajar 2 bulan cuti) 
(4 bulan belajar 2 bulan cuti)
(4 bulan belajar 2 bulan cuti)
:
Praktikal selama 1 semester.
(2 bulan praktikal)

Tamat dan berkonvo
Kemudian sambung belajar peringkat Diploma atau mula bekerja
 

Di akhir tempoh 3 semester, pelajar akan berkemampuan untuk menguruskan projek berkenaan dengan komputer dan rangkaian.

Modul pelajaran 3 semester seperti berikut :

  • Asas Pengaturcaraan
  • Asas Sistem Digit
  • Asas Elektrik dan Elektronik
  • Senibina Komputer
  • Asas Komunikasi dan Rangkaian
  • Pengenalan Pembangunan Laman Web
  • Sistem Pengoperasian Komputer
  • Pengenalan Pangkalan Data
  • Teknologi Rangkaian
  • Keselamatan Komputer
  • Pentadbiran Rangkaian
  • Baikpulih dan Penyenggaraan Komputer
  • Pentadbiran Server
  • Bahasa Kebangsaan
  • Matematik
  • Kelab dan Persatuan
  • Pendidikan Islam / Moral
  • Workplace English
  • Keusahawanan
  • Pengajian Malaysia

Praktikal atau latihan industri 1 semester di syarikat berikut atau mana-mana syarikat pilihan sendiri yang berkaitan, contoh seperti di bawah :
  • Pusat Komputer Cyrix Technology
  • MCE Design and Print
  • Usaid Enterprise
  • Malakoff Berhad
  • Mega Itech Computer
  • APT Touch Sdn Bhd
  • Maycom Multimedia Computer
  • E Zie Services & Enterprise
  • Virtual Heritage Enterprise
  • Winsoft Solution Sdn Bhd
  • One Techno Computer
  • CreatedR Studio
  • UTM
  • Pejabat Daerah Pontian
  • Pejabat Daerah Kulai
  • Makmal Komputer Sekolah Menengah
Ada 2 (dua) laluan pelajar selepas tamat Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian :

1. Sambung belajar Diploma
    Pelajar boleh menyambung Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) di Politeknik Mersing. Tempoh belajar ialah 3 tahun iaitu 6 semester. Pada semester ke 3, pelajar akan memilih pengkhususan sama ada Rangkaian atau Keselamatan.

2. Bekerja dalam bidang komputer
    Prospek kerjaya ialah seperti juruteknik komputer, juruteknik rangkaian, pembantu pentadbir rangkaian, juruteknik pemasangan telekomunikasi dan staf di kedai komputer.


Berminat untuk sambung belajar di Kolej Komuniti Tanjung Piai ?
Pegawai kami akan membantu pelajar untuk memohon masuk.
Sila berhubung dengan pegawai pengambilan pelajar seperti di bawah.
Hubungi melalui Whatsapp : 010 222 7220 (klik sini)



Kredit laman web asal : https://mailchi.mp/9773b82ba746/kktp

Artikel ditulis oleh : Khairudi MJ