(Update Mac 2024) Untuk Pelajar Lepasan SPM , Apa Kelebihan Belajar di Kolej Komuniti Tanjung Piai



  1. Bantuan kewangan atau biasiswa diberikan kepada pelajar yang layak.
    1. Syaratnya : pendapatan ibubapa ialah RM 5,249 ke bawah 
    2. Nilai bantuan kewangan : berjumlah  RM 2,400 x 3 = RM 7,200 
    3. Bayaran bantuan kewangan akan dimasukkan ke akaun pelajar apabila pelajar berada di semester 1, 2 dan 3
    4. Pada awal semester 1, bantuan kewangan diberi selepas 2 bulan  (jangkaan) kerana permohonan baru dibuat
    5. Semester 1,2 dan 3 terima RM 1800 2,400 ke akaun sendiri.
    6. Jumlah nilai bayaran bantuan kewangan ini bergantung kepada peruntukan yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi
    7. Bantuan kewangan atau biasiswa ini tidak perlu dibayar semula jika pelajar tamat belajar
    8. Jika pelajar mendapat tawaran sambung belajar ke peringkat lebih tinggi (diploma / ijazah) sewaktu belajar di Kolej Komuniti, maka biasiswa tidak perlu dibayar balik
    9. Jika pelajar berhenti tanpa kebenaran bertulis Kerajaan, pelajar perlu membayar semula
  2. Syarat masuk adalah mudah.
    1. Pelajar perlu lulus SPM iaitu lulus Bahasa Melayu dan Sejarah.
    2. Tidak perlu lulus Matematik.
    3. Tidak perlu ada 1 kredit (C) dalam mana-mana subjek SPM
  3. Sijil yang diambil di Kolej Komuniti membolehkan pelajar menyambung pelajaran ke peringkat Diploma.
    1. Dengan menggunakan Sijil SPM, pelajar yang tiada 3 kredit tidak dapat memohon masuk ke peringkat Diploma. 
    2. Maka, dengan kelayakan SPM itu pelajar hanya boleh mohon masuk ke Sijil Kolej Komuniti.
    3. Jadi, setelah tamat Sijil Kolej Komuniti, pelajar ada peluang menyambung pelajaran ke peringkat Diploma di Politeknik menggunakan Sijil Kolej Komuniti walalupun tidak layak menggunakan sijil SPM.
  4. Pembelajaran seronok dan mudah.
    1. Bilangan pelajar dalam 1 kelas ialah 15 orang maksimum
    2. Setiap pelajar akan menggunakan komputer di makmal komputer tanpa berkongsi
    3. Pelajar tidak perlu membeli komputer
    4. Kelas ada kelas teori dan ada kelas amali
    5. Belajar dalam tempoh 4 bulan (teori dan amali)
    6. Waktu belajar ialah dari jam 8 pagi hingga 5 petang hari Ahad hingga Khamis
  5. Aktiviti selain belajar.
    1. Kolej Komuniti ada melaksanakan aktiviti kokurikulum seperti sukan.
    2. Contohnya futsal, bola jaring, bowling, paintball dan indoor games.
    3. Aktiviti badan beruniform juga dijalankan ialtu Kursus Asas Pertahanan Awam bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.
  6. Kemudahan internet.
    1. Kemudahan wifi di Kolej Komuniti Tanjung Piai ialah percuma.
    2. Kelajuan maksimum ialah 70 Mbps.
  7. Pengiktirafan MQA bagi program Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian.
    1. Kolej Komuniti Tanjung Piai ialah milik Kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.
    2. Terdapat 104 Kolej Komuniti di seluruh Malaysia dan semua program sijil adalah diaudit dan diiktiraf oleh MQA.
    3. Boleh semak di sini : https://www2.mqa.gov.my/mqr/papariptaAA.cfm?IDAkrKP=15125

Keputusan SPM sudah diumumkan, 
bila saya boleh mohon masuk ke Kolej Komuniti Tanjung Piai ?
    1. Dalam setahun ada 2 kali peluang untuk masuk daftar belajar.
    2. Pertama bulan Ogos, iaitu 2 bulan selepas SPM diumumkan.
    3. Kedua ialah bulan Januari, 7 bulan selepas SPM diumumkan.
    4. Pengambilan bulan Ogos dan Januari ialah melalui UPU.
    5. Namun, kami akan membantu pelajar untuk buat permohonan.
    6. Sila baca nota di bawah.

Pegawai kami akan membantu pelajar untuk memohon masuk.
Sila berhubung dengan pegawai pengambilan pelajar seperti di bawah.
Hubungi melalui Whatsapp : 010 222 7220 (klik sini)

Artikel ditulis oleh : Khairudi MJ