- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Kita semua tahu permohonan UPU (BKPA) ini ada 2 Fasa.
Fasa pertama kita isi dulu 12 pilihan yang kita minat.
Masa ni baru sahaja tamat peperiksaan SPM.
So, kita beli nombor pin RM 10.60 di BSN, kemudian kita mohon UPU online.
Fasa ini kita masukkan program pengajian yang kita minat.
Panduannya,
1. Awak jangkakan berapa skor SPM awak nanti.
Dari situ kira kalkulator merit. Ada dalam Apps UPU Pocket.
Katakan kita dapat 60% +- 10%.
2. Awak tengok ePanduan dalam Apps UPU Pocket juga.
Pilih beberapa program yang awak minat.
Jika dapat 5 kredit ke atas, boleh mohon Asasi TVET.
Jika dapat 3 kredit ke atas, boleh mohon Diploma.
Jika dapat 0 kredit ke atas, boleh mohon Sijil.
3. Pastikan awak mohon program yang sekitar % merit awak.
Barulah tinggi kebarangkalian nak dapat.
Biasanya, Sijil merit 40-50%. Diploma 50-70%.
Asasi TVET dan Ijazah 70% ke atas. Ini anggaran sahaja ya.
Macam mana kalau takut tak dapat ? Masih ada butang rayuan.
Tapi kalau tak dapat juga ? Klik link ini untuk permohonan ke Politeknik dan Kolej Komuniti. Ini ialah borang permohonan online bukan pengambilan perdana.
Selamat berjaya !
Eh belum habis lagi , Fasa kedua belum cerita.
Fasa kedua nanti selepas keputusan SPM diumumkan,
12 pilihan program pengajian tadi ada yang akan kekal dan ada yang akan minta dikemaskini.
Maksudnya, awak tak layak mohon program pengajian tu.
Sebab merit awak rendah berbanding merit nak masuk program tu.
Contoh Merit awak 48% tapi mohon Diploma Kejuruteraan Elektrik yang meritnya 55.34 %.
Merit program yang dipaparkan ialah merit purata.
Jadi awak kena kemaskini program yang dimohon berdasarkan kelayakan skor SPM awak.
Dalam tempoh sebulan surat tawaran akan diberikan secara online juga.
Perlu bantuan untuk memilih program di Politeknik dan Kolej Komuniti ?
- Get link
- X
- Other Apps