- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
SOALAN LAZIM PENGAMBILAN PELAJAR POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI SESI 2023/2024
1. Bilakah pengambilan pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti?
Ijazah Sarjana Muda : Sekali setahun (Sesi Akademik I 2023/2024)
Diploma dan Sijil : Dua kali setahun (Sesi I 2023/2024 dan Sesi II 2023/2024)
2. Berapa bilangan Politeknik dan Kolej Komuniti? Politeknk 36 Kolej Komuniti 105
3. Siapakah yang layak memohon ke Politeknik dan Kolej Komuniti?
Warganegara Malaysia yang berumur 17 tahun ke atas dan memenuhi syarat kemasukan yang telah ditetapkan.
Rujuk : http://ambilan.mypolycc.edu.my/esemak/index.asp untuk semakan.
4. Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan kemasukan?
Sesi I 2023/2024: Bagi lepasan SPM 2020, 2021 dan 2022 permohonan kemasukan melalui Web http://upu.mohe.gov.my
Tarikh tutup : 9 Jun 2023 Bagi lepasan SPM 2019 ke bawah, Lulusan Sijil yang diiktiraf MQA, Lulusan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3, Lulusan APEL.
Permohonan melalui Web http://ambilan.mypolycc.edu.my mulai 28 Mac 2023 - 9 Jun 2023
Maklumat lanjut layari http://ambilan.mypolycc.edu.my atau hubungi kami di talian 03-88883837 (waktu pejabat) / 019-8683738 (Whatsapp sahaja)
5. Apakah syarat kemasukan ke Politeknik dan Kolej Komuniti?
Sistem Semakan Syarat Kemasukan ke Politeknik dan Kolej Komuniti untuk lepasan SPM :
http://ambilan.mypolycc.edu.my/esemak/index.asp
6. Apakah program yang ditawarkan di Politeknik dan Kolej Komuniti?
POLITEKNIK
i. 7 program Sarjana Muda
ii. 1 program Asasi TVET
iii. 74 program Diploma
iv.
5 program Sijil Kemahiran (Pelajar Ketidakupayaan Pendengaran)
KOLEJ KOMUNITI
i. 17 program peringkat Diploma
ii. 39 program peringkat Sijil
iii. 1 program Sijil Asas Kolej Komuniti (masalah pembelajaran)
Maklumat anjut sila layari : http://ambilan.mypolycc.edu.my
7. Bilakah tarikh pendaftaran pelajar bagi Sesi I 2023/2024?
Tarikh pendaftaran bagi Sesi I 2023/2024 bagi Program Sijil dan Program Diploma bermula pada 21 Ogos 2023.
Bagi program Asasi TVET akan bermula pada 24 Julai 2023
8. Berapakan yuran pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti?
Yuran pengajian bagi semua program di Politeknik dan Kolej Komuniti adalah sebanyak RM200.00/semester
9. Adakah Politeknik dan Kolej Komuniti menyediakan asrama kepada pelajar?
Politeknik :
Penginapan/asrama terdapat di semua Politeknik kecuali di Politeknik Melaka, Politeknik Kuala Terengganu, Politeknik METrO Kuala Lumpur, Politeknik METrO Kuantan, Politeknik METrO Johor Bahru, Politeknik METrO Betong Sarawak dan Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail
Kolej Komuniti :
Penginapan/asrama hanya terdapat di 6 buah Kolej Komuniti sahaja iaitu di KK Jelebu, KK Gerik, KK Rompin, KK Segamat 2, KK Paya Besar, dan LTA @ KK Langkawi.
10. Adakah Politeknik dan Kolej Komuniti menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar?
Politeknik : Program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Calon boleh memohon pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Rujuk portal https://www.ptptn.gov.my atau hubungi PTPTN di talian 03-88706835
Kolej Komuniti: Program Sijil Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti RM1800/semester kepada yang layak)
Permohonan pembiayaan Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK) adalah kepada calon B40) yang berkelayakan (memenuhi syarat pembiayaan).
Sila rujuk Kolej Komuniti berkenaan.
11. Jika gagal mendapat tawaran melalui UPU, bagaimanakah cara untuk membuat rayuan ke Politeknik dan Kolej Komuniti?
Permohonan melalui UPU (SPM 2020,2021 & 2022)
Rayuan ke Politeknik : Rayuan boleh dibuat melalui web rasmi UPU https://upu.mohe.gov
Rayuan ke Kolej Komuniti : melalui portal rasmi ambilan POLYCC http://ambilan.mypolycc.edu.my
Permohonan melalui eBorang (SPM 2019 dan tahun sebelumnya serta sijil berkaitan
Isi rayuan pada eBorang
12. Bagaimanakah cara untuk membuat rayuan pertukaran institusi/program pengajian ke Politeknik dan Kolej Komuniti?
i. Layari portal http://ambilan.mypolycc.edu.my klik semakan mulai 8 Julai 2023
ii. Klik saya menolak tawaran ini dan pilih no. 8. Isi rayuan di portal ambilan.
iii. Keputusan berdasarkan kepada kekosongan, jika tiada kekosongan, calon akan ditempatkan pada Sesi II 2023/2024.
iv. Pelajar yang telah mendaftar, rujuk pegawai pengambilan pelajar di Politeknik atau Kolej Komuniti yang telah anda mendaftar.
Tawaran asal adalah terbatal dan permohonan ke program lain bergantung kepada kekosongan.
13. Saya ditawarkan ke Kolej Komuniti tetapi ingin memohon ke Politeknik
i. Layari portal http://ambilan.mypolycc.edu.my mulai 8 Julai 2023.
ii. Klik semakan keputusan.
iii. Klik saya menolak tawaran
iv. Pilih Pilihan 1
v. Isi borang permohonan ke Politeknik melalui eSemakan Politeknik (link seperti di portal ambilan)
vi. Keputusan berdasarkan kepada kekosongan.
Jika tiada kekosongan calon akan ditempatkan pada Sesi II 2023/2024.
14. Calon ditawarkan ke UA tetapi ingin memohon ke Politeknik i. Layari portal ambilan UA tersebut. ii. Klik tidak bersetuju dengan alasan iii. Isi borang permohonan ke Politeknik melalui eSemakan Politeknik (link seperti di portal ambilan) iv. Keputusan berdasarkan kepada kekosongan. Jika tiada kekosongan calon akan ditempatkan pada Sesi II 2023/2024.
15. Bagaimana cara pengisian ruangan no kad pengenalan di maklumat bapa/penjaga jika bapa saya bukan taraf warganegara?
Ruang tersebut hanya menerima maklumat ibu/bapa/penjaga bertaraf warganegara dan mempunyai no kad pengenalan/Mykad.
Oleh itu, kemukakan maklumat penjaga lain yang mempunyai hubungan keluarga terdekat sahaja.
Pastikan penjaga lain tersebut mempunyai no kad pengenalan/Mykad.
16. Jika saya GAGAL SPM, bolehkah saya memohon ke Politeknik dan Kolej Komuniti?
Rujuk syarat permohonan ke Politeknik dan Kolej Komuniti.
Layari portal ambilan http://ambilan.mypolycc.edu.my
17. Mengapa GAGAL rayuan ke Politeknik dan Kolej Komuniti?
Rayuan bergantung kepada syarat kemasukan dan juga kekosongan tempat.
18. Bagaimanakah cara untuk tangguh urusan pendaftaran ke Politeknik atau Kolej Komuniti?
Urusan tangguh pendaftaran boleh dibuat di Politeknik atau Kolej Komuniti yang telah ditawarkan kepada calon.
19. Bilakah tarikh semakan rayuan kemasukan bagi Sesi I 2023/2024? Bagi rayuan yang dibuat melalui UPUOnline, semakan rayuan berdasarkan kepada pengumuman dari UPU. Bagi permohonan rayuan melalui borang POLYCC, di portal ambilan http://ambilan.mypolycc.edu.my
20. Apakah tindakan yang perlu dilakukan setelah mendapat tawaran ke Politeknik atau Kolej Komuniti?
Calon perlu membuat pengesahan SETUJU TERIMA di http://ambilan.mypolycc.edu.my dalam tempoh 7 hari dari tarikh tawaran dikeluarkan.
21. Bagaimanakah cara untuk menolak tawaran ke Politeknik atau Kolej Komuniti?
Calon perlu klik butang TOLAK TAWARAN di portal ambilan http://ambilan.mypolycc.edu.my
22. Adakah terdapat kesan jika saya menolak tawaran ke Politeknik atau Kolej Komuniti?
Tawaran ke Politeknik atau Kolej Komuniti akan terbatal dan calon perlu memohon atau membuat rayuan semula ke Politeknik atau Kolej Komuniti yang ingin dipohon.
23. Bagaimanakah cara untuk menghubungi Politeknik atau Kolej Komuniti?
Maklumat lanjut sila hubungi :
i. Talian pejabat : 03-88883837
ii. Melalui Wasap : 019-8683738
iii. Emel : jppkk.ambilan@mohe.gov.my
iv. Hubungi Politeknik atau Kolej Komuniti terdekat (rujuk direktori) Direktori Politeknik
http://ambilan.mypolycc.edu.my/portalbpp2/indexasp?pg=politeknik
Direktori Kolej Komuniti
http://ambilan.mypolycc.edu.my/portalbpp2/indexasp?pg=kk
24. Apakah laluan kerjaya bagi lepasan Politeknik dan Kolej Komuniti?
i. Sambung pengajian ke Politeknik / MTUN / UA
ii. Bekerja
iii. Usahawan / Job Creater
25. Adakah semua program di Politeknik dan Kolej Komuniti perlu ditemuduga?
TIDAK.
Hanya program-program di bawah sahaja bertemu duga :
POLITEKNIK
Diploma Kejuruteraan Perkapalan Diploma Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat Diploma Rekabentuk Grafik Diploma Rekabentuk Fesyen dan Pakaian Diploma Rekabentuk Industri Diploma Reka Bentuk Kraf Diploma Reka Bentuk Fesyen Batik
KOLEJ KOMUNITI
Diploma Dandanan Rambut Diploma Diploma In Culinary Arts Diploma In Architectural Technology Diploma In Sound & Lighting Technology Diploma In Rail Signalling And Communication Technology
26. Bolehkah saya memohon UPU sedangkan saya belum mendapat keputusan SPM lagi?
Setelah memperoleh keputusan SPM,
anda hanya perlu mengemaskini maklumat pilihan program pengajian supaya program yang dipilih memenuhi syarat am dan khas ditetapkan UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA.
Selepas 5 hari keputusan diumumkan,
pilihan program yang dipaparkan dalam pilihan program pengajian UPU adalah yang layak sahaja akan dipaparkan dalam UPU
berdasarkan keputusan SPM dan syarat kemasukan program pengajian.
27. Berapakah had umur minimum sekiranya ingin membuat permohonan ke Politeknik dan Kolej Komuniti?
Had umur minimum adalah 18 tahun (Lepasan SPM)
28. Adakah calon boleh mengisi borang permohonan ke Politeknik dan Kolej Komuniti atau isi salah satu sahaja?
Calon boleh mengisi permohonan bagi kedua-dua institusi kerana borang permohonan kemasukan yang digunakan adalah berbeza.
29. Bilakah tarikh akhir pembayaran yuran pengajian dan yuran penginapan asrama?
Segala pembayaran yuran perlu diselesaikan sebaiknya seminggu sebelum hari pendaftaran pelajar Politeknik atau Kolej Komuniti tersebut.
30. Pendaftaran dan pembelajaran untuk Sesi I 2023/2024 ini akan dibuat secara bersemuka atau atas talian?
Sila layari portal rasmi atau hubungi Politeknik atau Kolej Komuniti yang berkenaan bagi maklumat lanjut.
31. Adakah saya akan ditawarkan dengan program pengajian yang tidak dipilih dalam UPU?
Anda hanya akan ditawarkan pilihan program yang ada dalam pilihan sahaja.
Jika anda tidak berjaya pada ambilan pertama, anda perlu mengemukakan rayuan.
32. Program Sarjana Muda yang ditawarkan hanya sepenuh masa atau separuh masa dan berapa lama tempoh pengajian?
Program ini hanya ditawarkan secara sepenuh masa sahaja dan tempoh pengajian selama 4 tahun.
Walau bagaimanapun, calon boleh membuat pindahan kredit jika memenuhi syarat yang ditetapkan.
33. Berapakah yuran pengajian bagi Program Ijazah Sarjana Muda di Politeknik?
Yuran pengajian bagi Program Sarjana Muda Politeknik adalah sebanyak RM200.00 bagi setiap semester.
34. Bagaimanakah cara untuk memohon Program Sarjana Muda jika senarai diploma politeknik tiada dalam senarai borang permohonan?
Calon perlu rujuk semula syarat khas program di portal
http://ambilan.mypolycc.edu.my
Jika program lepasan diploma yang dimiliki tiada dalam senarai, calon boleh mengemukakan salinan diploma/transkrip ke BAPP.
35. Sekiranya saya bukan lulusan diploma politeknik, adakah saya layak memohon ke Program Ijazah Sarjana Muda Politeknik?
Tidak layak memohon kerana program ini hanya untuk lulusan Diploma Politeknik sahaja.
36. Program Sijil di Kolej Komuniti bersamaan SKM tahap berapa?
Sijil Kolej Komuniti adalah setara dengan SKM tahap 3.
Program sijil di Kolej Komuniti mendapat akreditasi penuh oleh MQA.
37. Bagaimanakah cara untuk mengetahui sama ada calon akan ditawarkan program atau tidak berdasarkan merit.
Keputusan adalah berdasarkan merit tertinggi calon yang memohon program tersebut dan kekosongan tempat.
38. Berapa lamakah tempoh pengajian Asasi TVET yang ditawarkan di politeknik?
Tempoh pengajian bagi program Asasi TVET adalah 1 tahun
39. Adakah selepas tamat Asasi TVET di politeknik saya akan ditawarkan terus ke MTUN atau saya perlu membuat permohonan semula?
Selepas tamat Asasi TVET, perlu membuat permohonan untuk ke Program Sarjana Muda di MTUN melalui sistem UPU.
40. Bolehkah saya menyambung ke UA lain selain MTUN setelah tamat Asasi TVET di politeknik?
Tidak.
Lepasan Asasi TVET hanya boleh menyambung pengajian di MTUN sahaja.
- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UteM) - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) - Universiti Malaysia Pahang (UMP)
- Get link
- X
- Other Apps