Belajar Komputer di Kolej Komuniti Tanjung Piai

Hai, awak minat belajar komputer ?Di Kolej Komuniti Tanjung Piai, terdapat 2 jenis program belajar komputer.1. Sijil Teknologi Maklumat Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian2. Kursus Pendek Komputer.Yang pertama,  Sijil Teknologi Maklumat. Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian.Program sijil ini khas untuk warganegara Malaysia dengan menggunakan kelayakan lulus Sijil Pelajaran Malaysia.Tempoh pengajian selama 4 semester bersamaan 2 tahun.Tamat pengajian, pelajar akan berkonvokesyen dan boleh terus bekerja atau menyambung pelajaran ke peringkat Diploma di Politeknik.Program ini menawarkan modul teras :Asas Pengaturcaraan, Asas Sistem Digit, Asas Elektrik dan Elektronik, Senibina Komputer, Asas Komunikasi dan Rangkaian, Pengenalan Pembangunan Laman Web, Sistem Pengoperasian Komputer, Pengenalan Pangkalan Data, Teknologi Rangkaian, Keselamatan Komputer, Pentadbiran Rangkaian, Baikpulih dan Penyenggaraan Komputer dan Pentadbiran Server. 
Pelajar pengajian ini berpeluang mendapat biasiswa berbentuk bantuan kewangan berjumlah RM 5,400.
Cara memohon program sijil ini bolehlah menghubungi :



Yang kedua,  
Kursus Pendek Komputer.

Program sijil ini khas untuk warganegara Malaysia dengan TIDAK menggunakan kelayakan lulus Sijil Pelajaran Malaysia.

Ia untuk komuniti tempatan berkursus pada hari biasa atau hujung minggu dengan konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat.

Tempoh kursus selama sekurang-kurangnya 5 jam atau lebih.Yuran yang dikenakan adalah amat rendah dan tidak bermotifkan keuntungan.Program ini menawarkan pelbagai pilihan : Microsoft Word (Asas), Microsoft Excel (Asas), Microsoft Powerpoint (Asas), Canva, Compter Network, Laman Blog, Adobe Photoshop, Arduino, Laptop Motherboard Repair, dan banyak lagi.

Cara memohon program kursus pendek ini bolehlah menghubungi :

www.wasap.my/60127667555/komunitikomputer