Mohon UPU tahun 2023 ? Ini cara masuk Kolej Komuniti atau Politeknik


 


Hai semua.

Jika awak calon SPM yang selesai peperiksaan pada bulan Mac 2023, awak pasti sudah mengisi borang UPU. 

Permohonan UPU ini berdasarkan beberapa kriteria seperti keputusan SPM dan markah merit. 

Apa nak buat jika tak dapat tawaran dari UPU ?


1. Dapat tawaran tapi bukan kursus yang diminati.

So, bolehlah awak tolak tawaran itu dan klik butang rayuan.


2. Tak dapat apa-apa tawaran.

So, bolehlah memohon masuk secara manual ke IPTA yang diminati.

Boleh mohon terus ke Politeknik atau Kolej Komuniti dengan cara buat panggilan telefon kepada Pegawai Pengambilan Pelajar.


Untuk pengetahuan awak,

Biasanya selepas keputusan UPU diumumkan, pihak institusi akan memproses / menawarkan tempat belajar kepada calon yang berjaya melalui UPU. 

Jika masih ada kekosongan selepas tempoh rayuan UPU tamat, awak boleh memohon kepada institusi. 

Cuba bertanya kekosongan program Sijil atau Diploma yang awak hendak daftar.


Sekiranya awak berminat untuk belajar di Kolej Komuniti, bolehlah mengisi eborang Kolej Komuniti dengan klik ini.


Sekiranya awak berminat untuk belajar di Politeknik, bolehlah mengisi eborang Politeknik dengan klik ini.