- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Apa nak buat selepas dapat keputusan SPM ?
Ada beberapa pilihan seperti terus bekerja atau sambung belajar lagi.
Bekerja mungkin sambung family business, mungkin berniaga,
mungkin kerja part time, atau mungkin juga relax beberapa bulan di rumah.
Biasanya dalam tempoh sebulan keputusan SPM diumumkan,
keputusan tingkatan 6 dan keputusan UPU pula diumumkan.
Awak boleh semak keputusan tingkatan 6 di sini : https://sst6.moe.gov.my/semakanT6/
Awak boleh semak keputusan UPU di sini
: Portal Rasmi UPU atau https://jpt.utm.my/
Ada orang dapat kursus yang dia mohon dalam 12 pilihan di UPU online tu.
Ada orang tak dapat apa-apa tawaran belajar.
Ada orang memang tak isi borang UPU dari awal sebelum tamat tingkatan 5.
Kalau ada kursus yang awak minat tapi tak dapat melalui UPU,
awak bolehlah mohon terus kepada Politeknik atau Kolej Komuniti.
Awak mohon di laman web ini :
Pengambilan Politeknik dan Kolej Komuniti
Ini laman web untuk mohon dan semak permohonan ke Politeknik.
Masukkan nombor kad pengenalan dan semak.
Kemudian jika memang tiada nama awak,
awak akan nampak borang online untuk diisi.
Laman web permohonan Politeknik
Ini laman web untuk mohon dan semak permohonan ke Kolej Komuniti.
Masukkan nombor kad pengenalan dan semak.
Kemudian jika memang tiada nama awak,
awak akan nampak borang online untuk diisi.
Semakan Keputusan Kolej Komuniti
Laman web permohonan Kolej Komuniti
Kalau awak rasa perlukan bantuan untuk ke Kolej Komuniti,
tak tahu nak pilih course apa, awak klik link ini :
Sistem Online Pilih Diploma atau Sijil
Selain mohon sambung belajar selepas keluar result SPM,
awak mohon mohon sewaktu second intake.
Maksudnya ialah 6 bulan selepas pengambilan perdana bulan 7.
Bulan Disember dah boleh mohon. Prosesnya sama juga.
Jadi dalam setahun ada 2 kali pengambilan pelajar.
Kolej Komuniti Tanjung Piai pun ambil pelajar 2 kali setahun.
Bulan Julai Ogos dan bulan Januari Februari.
Pegawai kami akan membantu pelajar untuk memohon masuk.
Sila berhubung dengan pegawai pengambilan pelajar seperti di bawah.
Hubungi melalui Whatsapp : 010 222 7220 (klik sini)
- Get link
- X
- Other Apps