Bina Custom PC Spec Gaming

 


Hai, assalamualaikum.

Ini Sir Hirzi. 
Beliau ialah pensyarah di Kolej Komuniti Tanjung Piai.

Hari ini, beliau akan guide 3 orang pelajar untuk membina custom PC.

Actually, sebelum ni mereka dah buat custom PC.
Tapi berdasarkan custom PC Sir Hirzi.


Yess, inilah custom PC Sir Hirzi.
Sir Hirzi pinjamkan motherboard, RAM, SSD, GPU dan ARGB Fan,
student pula potong - potong besi dan plastik (plastik kot) tebal,
untuk jadi sebuah custom rangka PC.

Cool kan ?

Ok, back to original story.

So, hari ini Sir Hirzi dah dapatkan beberapa komponen spec gaming,
untuk bina custom PC dari kosong.

So, Sir Hirzi undang beberapa pelajar..
iaitu Hariz, Aiman dan Adam untuk belajar bina custom PC dari kosong.
Syakrul ada datang tapi tengahari tu Syakrul pergi mana entah. Huhu.

Ok, untuk bina custom PC kita ada 2 bahagian.

Pertama, hardware.
Kedua, software.

Hardware ni kena tentukan nak pakai processor dari Intel atau AMD.
Sebab motherboard akan berbeza.
Tapak pada processor Intel and AMD ni berbeza.
Nanti dah beli processor Intel tapi motherboard untuk AMD,
tak ngam masa nak pasang.
Koyak la poket kena beli lain.

Selain itu,
kenalah tahu nak beli Graphic card jenis apa,
storage nak SSD atau NVMe,
RAM nak berapa keping,
semua ni ada kena sesuai lah.

So better korang tanya kedai yang biasa jual PC  gaming,
beritahu budget berapa dan apa yang boleh datpat.

Ok, cerita software pula,
Lepas siap pasang semua,
Kenalah install Windows.

So mula-mula kena buat 1 bootable USB pendrive.
Dalam situ ada Windows yang dah siap masukkan.
Tak kiralah guna Windows Media Creation Tool ataupun guna Rufus.

Bila dah ada pendrive tu, barulah install.
Masa ni korang kena masuk dalam bios supaya booting dari pendrive.

Ok, ini hanya sepintas lalu je cerita.

Apa kata layan video ni,



Kalau korang berminat nak belajar bina / pasang custom PC,
boleh whatapp number di bawah ni.



Marilah sambung belajar di Kolej Komuniti Tanjung Piai.