Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti

 


Para pelajar Kolej Komuniti di seluruh negara akan ditawarkan bantuan kewangan bagi membantu mereka di sepanjang pengajian.

Bantuan kewangan ini akan disalurkan apabila pelajar sudah mendaftar sebagai pelajar kolej.

Bantuan kewangan ini akan dimasukkan ke dalam akaun pelajar dalam tempoh beberapa bulan pelajar mendaftar sebagai pelajar baru.

Contohnya, 
apabila keputusan SPM diumumkan pada bulan Jun, 
dan pelajar mendaftar di Kolej Komuniti pada bulan Ogos, 
maka bantuan kewangan ini akan diterima dalam anggaran tempoh 3 bulan iaitu pada bulan November.

Proses masa 3 bulan diperlukan bagi proses permohonan, kelulusan peruntukan, perjanjian dan dokumentasi. 

Apabila pelajar naik ke semester 2 pada tahun berikutnya, jangkaan dalam bulan Mac, 
pelajar akan menerima bantuan sekali lagi. 
Pada bulan September berikutnya juga akan menerima bantuan sekali lagi.

Jadi jumlah bantuan ialah 3 kali dan setiap kali bantuan dimasukkan ke akaun, 
pelajar akan menerima RM1,800. Jumlah bantuan ialah RM 5,400.

Bantuan ini tidak perlu dibayar kembali jika pelajar menamatkan pengajian.
Bantuan juga tidak perlu dibayar semula jika semasa pengajian, 
pelajar telah menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Bantuan ini perlu dibayar semula jika pelajar berhenti atas sebab selain di atas. 

Syarat untuk bantuan kewangan ini ialah :
pendapatan ibubapa pelajar Kolej Komuniti berjumlah RM4849 ke bawah.


Marilah sambung belajar di Kolej Komuniti Tanjung Piai.