- Get link
- X
- Other Apps
Untuk Kaunselor Sekolah, Ini Cara Membantu Pelajar Membuat Pilihan Kolej Komuniti Ataupun Politeknik
- Get link
- X
- Other Apps
- Politeknik dan Kolej Komuniti ialah institusi pendidikan yang menawarkan TVET di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.
- Terdapat 104 Kolej Komuniti dan 36 Politeknik di seluruh Malaysia.
- Untuk membantu pelajar lepasan SPM memilih tempat belajar, kauselor bolehlah berkongsi kaedah berikut.
- Minta pelajar klik link di bawah, dan isikan kad pengenalan serta memilih kategori Sijil Pelajaran Malaysia.
- Pelajar akan mengisi jangkaan keputusan SPM (percubaan) ataupun keputusan sebenar SPM. Sistem akan mencadangkan senarai sijil dan diploma yang bersesuaian dengan keputusan SPM pelajar.
- Klik pada link ini : http://ambilan.mypolycc.edu.my/esemak/index.asp
- Apabila pelajar sudah membuat keputusan untuk memilih beberapa program sijil atau diploma, maka pelajar disaran memohon melalui UPU.
- Walaubagaimanapun, untuk memastikan pelajar dapat memohon progam yang tepat berdasarkan minat dan keperluan, bolehlah menghubungi Kolej Komuniti atau Politeknik itu sendiri.
- Hanya google nama kolej dan minta disambungkan kepada Pegawai Pengambilan Pelajar.
- Untuk memohon masuk ke Kolej Komuniti Tanjung Piai, bolehlah baca nota di bawah ini.
Pegawai kami akan membantu pelajar untuk memohon masuk.
Sila berhubung dengan pegawai pengambilan pelajar seperti di bawah.
Hubungi melalui Whatsapp : 010 222 7220 (klik sini)
Artikel ditulis oleh : Khairudi MJ
- Get link
- X
- Other Apps