Kenapa Pelajar Kolej Komuniti Perlu Buat Latihan Industri (Praktikal) ?

 


Hai, 

Ini Muhd Ammar. 

Ammar ialah pelajar Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian.

Beliau belajar selama 3 semester di Kolej Komuniti Tanjung Piai.

Ammar menjalani latihan industri (praktikal) di U.COM STUDIO, Parit Mesjid, Pontian.

Nak lihat gambar Ammar lagi ?



Peace !


Ini adalah gambar - gambar Ammar semasa menjadi pelajar di Kolej Komuniti Tanjung Piai.

Pada semester terakhir, Ammar berkhidmat selama 4 bulan di Usaid Enterprise sebagai pelajar praktikal.

Di syarikat ini, Ammar belajar cara pengurusan kafe siber, membuat troubleshooting komputer dan meningkatkan kebolehan berkomunikasi apabila melayan pelanggan yang datang ke kedai.

Pengetahuan mengenai komputer yang dipelajari selama 3 semester di kolej komuniti dimanfaatkan sepenuhnya.

Selain itu, Ammar berani mengambil cabaran dalam pementasan pelajar. 


CC All Stars tahun 2018

CC All Stars tahun 2019


Semua pelajar Kolej Komuniti seperti Ammar perlu menjalani latihan industri.

Ini bagi melengkapkan jam kredit penganugerahan sijil kepada pelajar yang diiktiraf oleh MQA.

Pelajar melaksanakan kerja-kerja di syarikat seolah-olah pelajar adalah staf syarikat.

Pihak syarikat pula akan memberi bimbingan dan elaun (jika ada) kepada pelajar.

Ini adalah pengalaman kerjaya dan amat berguna apabila pelajar memohon kerja sejurus tamat pengajian.

Tempoh latihan industri selama 1 semester ini mendedahkan kepada pelajar dunia sebenar kerjaya.

Tak susah sebenarnya,

 kerana jika pelajar boleh melalui 3 semester di kolej, 

tentu mudah sahaja menyelesaikan latihan industri 1 semester di syarikat.


Nak lihat gambar kawan-kawan Ammar ?















Berminat nak belajar seperti Ammar ?


Pegawai kami akan membantu pelajar untuk memohon masuk.
Sila berhubung dengan pegawai pengambilan pelajar seperti di bawah.
Hubungi melalui Whatsapp : 010 222 7220 (klik sini)

Artikel ditulis oleh : Khairudi MJ