Kelas Programming di Kolej Komuniti Tanjung Piai


  1. Programming adalah perkara yang sentiasa menarik minat pelajar.
  2. Asas programming ialah menulis langkah-langkah kerja dalam bahasa komputer supaya komputer buat kerja.
  3. Sejarah programming ini panjang bermula abad ke 8 lagi menurut nota di Wikipedia tau ! 
  4. Untuk makluman, Kolej Komuniti Tanjung Piai ada kelas programming bagi pelajar di semester 1.
  5. Bahasa pengaturcaraan ialah C# dan software yang digunakan ialah Visual Studio 2019.
  6. Bahasa C# ialah bahasa Inggeris yang mudah dan cara penulisan programming ada kaedahnya yang tersendiri.
  7. Yang menariknya, output dari kelas programming ini ialah pelajar boleh menghasilkan 2 jenis output.
  8. Yang pertama, output seakan - akan command prompt. Yang skrin hitam tu. Coding ini ialah jenis Command Line programming. Tulis aturcara baris demi baris.
  9. Ini ialah paparan keluaran console yang menggunakan software VS 2015.
  10. Yang kedua, output berbentuk windows. Ada button untuk tekan-tekan. Ia dipanggil Graphical User Interface (GUI) yang menggunakan Object Oriented Programming.


  11. Ok yang tambah menarik ialah, pelajar boleh tulis coding lagu dalam Visual Studio ni tau.
  12. Cuba layan video di bawah. Pelajar ini bernama Meera dan dia berjaya menyalin not muzik dan memasukkan ke dalam Visual Studio.




Berminat nak sambung belajar Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian ?

Pegawai kami akan membantu pelajar untuk memohon masuk.
Sila berhubung dengan pegawai pengambilan pelajar seperti di bawah.
Hubungi melalui Whatsapp : 010 222 7220 (klik sini)

Artikel ditulis oleh : Khairudi MJ